Kehidupan Awal Cash_Farhan

Beliau dilahirkan pada 4 Januari 1996 di Hospital Besar Kemaman, Terengganu, Malaysia. Cash merupakan anak bongsu daripada lapan beradik kepada ibu bapa nya Dato' Seri Ahmad bin Said dan To' Puan Seri Hajjah Norliza binti Mahmud, bapa beliau merupakan seorang ahli politik dan bekas Menteri Besar Terengganu 22 Mac 2008 – 12 Mei 2014. Pada awal pembabitannya Cash pernah dikaitkan dengan bapanya kerana dikatakan menggunakan kabel bapa kerana terjun dalam bidang seni. Beliau tidak mahu bapa nya dikaitkan kerana beliau terjun ke bidang seni atas minat dan bakat yang beliau miliki. Bapa nya memberi sokongan penuh terhadap beliau.